Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis
tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak
atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai
khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti
secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21
ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri
telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya
amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma
adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula
adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu
sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan
tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang
sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan
“tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan
kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita
perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna”
seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng
yang lain.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah
terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan
serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan
seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda,
dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya
terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem
pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang
lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali
kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama
sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya
khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan
beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam
pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya
ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat
sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma
semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah
mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar
pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas
bersalin.
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita
mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan
mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang
dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik,
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh.
Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar